cuties girl

Tajuk 1 : Adab Menutup Aurat
Jumaat, 27 Julai 2012 ? 0 Atashinchi ?
objektif pembelajaran :
Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat
1 . menyebut 3 hikmah menutup aurat.
2 . mengetahui hukum menutup aurat.
3 . menyebut fadhilat menutup aurat.

definisi adab


adab tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan
Ayat: dia seorang yang tinggi adabnya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga adab, supaya tidak berlaku langgar bahasa; cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu
Ayat: adab pergaulan; adab makan; adab tertib budi bahasa dan tingkah laku (yang halus dan sopan); balik adab sastera lama tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu adab pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan
Ayat: kelakuannya seperti orang tidak adab; telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun
Ayat: bangsa-bangsa yang adab; mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati. al-kisahnya tentang adab.
“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemudahan akhlak.”Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad bukan sahaja khusus dalam bidang pentadbiran atau dakwah semata-mata. Ia merangkumi seluruh aspek dan keperluan kehidupan. Adab dan akhlak yang dipraktikkan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi Islam dan Negara Islam cemerlang dan berjayaKeampunan dan kekuatan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat bukanlah kerana hebatnya pasukan tenteranya atau kekayaan hasil keluarannya, tetapi ia sebenarnya terletak pada adab, akhlak dan peribadi umat Islam yang tidak ada bandingannya. Islam berkembang keseluruhan pelusuk dunia kerana kecantikan dan keindahan akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. dan umat Islamnya.Adab yang diajarkan oleh baginda s.a.w. bukan sahaja sesama umat Islam malah kepada semua termasuk makhluk-makhluk lain yang berada di sekitar kita. Inilah keindahan dan kesempurnaan adab yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. yang amat dikagumi oleh semua termasuk bukan yang bukan Islam.Para Ilmuan Islam terdahulu amat menekankan tentang pengajian adab sebelum mereka mempelajari ilmu. Seorang alim telah berkata kepada anaknya,”Wahai anakku, jadikan amalmu ibarat garam dan adabmu ibarat tepung. Yakni perbanyakkanlah adab seperti perbandingan banyaknya tepung dan garam dalam satu adunan. Banyak adab dengan sedikit amal soleh lebih baik daripada amal dengan sedikit adab.”








Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// http://www.youtube.com/watch?v=GlO2sSuezXw
copyright© segala yang tercatat diatas adalah milik NURATIQAH

Call Me Maybe - Carly Rae Jepsen